assalamualaikum w.b.t
Masih bersantai dikebun. Mesin rumput dah beli untuk menerangi kebun jenis TB33 Mitsubishi.. Sekarang memang berkebun cara natural farming jadi memang tidak menggunakan apa racun. Masalah utama ialah lalang. Lalang nie memang tak ada ubat kecuali racun ajer. Buat masa nie guna mesin rumput.
Pisang abu banyak yang diserang fusarium. Nak cegah fungus nie.. Formula lengkuas mesin + air; spray kat pokok sudah dilakukan. Hasilnya ada pokok yang dah kene fusarium boleh pulih. Minggu depan nak spray lagi sekali. Kalau ikut fahaman hehhee kene spray 4x setiap minggu sekali selama sebulan. Kekadang masa tak mengizinkan jadi sempat 2x. So nak cuba pada pokok yang baru keluar jantung; akan report hasilnya. Mana datang idea nie.. mmmm panjang ceritanya.
Tersebut al-kisah seorang lelaki datang kebun nak membeli lengkuas. Saya memberitahu bukan untuk dijual hanya kegunaan sendiri. Kemudian saya bertanya kalau jual berapa ringgit, dikhabarkan satu rumpun rm7-rm15. Murahnya orang tengah ambil. Kemudian terfikir juga hehe dari hilang tetiba ajer nanti lebih baik market kan hehe!! Ini kerana rega lengkuas kat tesco pun cecah rm6/kg.
Kemudian saya marketkan lengkuas dengan rega sekilo rm4. Dapatlah cover duit minyak pergi ke kebun. So hasil yang telah dijual pertama kali 8kg, kedua 10kg, ketiga 12kg dan terakhir 6kg. Lengkuas tinggal 2 rumpun sahaja yang besar. Target untuk raya puasa hehe.. sambil menjual saya studylah mengenai lengkuas,. Khatam seluruh site saya survey. La nie dah tahu yang lengkuas ambil masa 9 bulan sahaja untuk matang.
Khasiat macam2 & yang penting lengkuas anti fungus. Jadi dari situlah saya menggunakan lengkuas melawan fusarium. Ada satu pokok yang dah kena saya spray & sekarang buah nampak ok dan daun sehelai sahaja yang selamat. Yang lain daun dah kuning.. buah nampak semakin hijau dan pulih. Insyallah minggu depan nak upload gambar.. Dikebun saya mengamalkan natural farming & najis kambing sebagai baja organik (mentah) bukan yang diproses. La nie baja nie dah mahal dengar cerita tahi ayam 50kg rm5. betul ker?? Murah tuh!!! saya beli najis kambing ~ 25kg rm3 hehee.
Jadi secara tak langsung spray lengkuas melambatkan proses fermented pulak?? Yerlah tahi kambing tabur kat pangkal pisang kemudian spray pokok dan duan dengan vegetatif NF(PCA + FPJ + cuka + FAA) + lengkuas hehehe formula baru tuh.. Tujuan nak bunuh fungus yang jahat. Disadvantage fungus2 baik yang bertujuan proses fermented tahi kambing pun terbantut.. lagi lambat lagi bagus ker???
-sam
No comments:
Post a Comment