Sunday, September 12, 2010

Selamat Hari Raya

Salam..

Tahun nie giliran ke Kelantan.. dua tahun sekali berhari raya di Pasir Puteh. Seronok sebenarnya hehehe jangan beritahu wife sudahlah yer. Banyak perjalanan dilalui dan bermacam-macam benih tumbuhan boleh cari.

Pendek cerita bertolak ke kampung hari Khamis mengambil masa lebih kurang 14 jam. 14 Jam tuh termasuklah rehat dan perjalanan. Tahun nie perjalanan lancar cuma dari bentung nak ke Raub sahaja tersangkut gara2 ramai pemandu nak pekena Nescafe free kat Bentong. Kalau Petronas tuh tak ada rasanya taklah tersangkut-sangkut. Alhamdulillah selamat pergi dan balik semula ke Shah Alam.

Di Kelantan dapatlah mencari benih salak Pondoh yang disemai oleh Abah. Kali nie kene buat keje sikit anak baru sejengkal setengah. Selain salak dapatlah juga saya membeli 2 pokok durian belanda dan kantan merah.

Survey dari market kantan di Selangor kantan pink lebih popular tetapi as chef yang selalu buat laksa saya dapati kantan merah lagi sedap. Jadi kena tanam juga untuk makan sendiri. Kantan yang disemai dalam polibeg dan yang dipindahkan nampaknya lebih bagus dari yang ditanam terus di kebun. Mungkin yang dalam polibeg nie berjaga dan bersiram. Lepas raya nie nak borong benih kantan dan benih nenas Maspine heehehe..

Benih penanti mangga dah kumpul dari longkang rumah bonda (mak). Nampak cantik tumbuh dalam longkang dan bila tarik akar ikut cantik. Nampak gaya dalam 2 bulan dah boleh buat cantuman baji dengan pokok mangga mergoa (maragua). Teringin sangat nak tanam mangga nie.

-sam

p/s: dah keje hari nie dan yang best sorang2 ajer tuh..

Sunday, September 5, 2010

Jalan Terus Banyak Halangan..

Salam...

Mmmm macam2 dugaan dalam bertani nie.. terbaru habis lembu membelasah anak2 pisang lemak manis, raja dan lain2. Anak tanduk berumur 2 minggu dari benih tisue culture pun habis tercabut. Tuan lembu goyang kaki kat rumah dan bila pukul 5 lepaskan lembu tanpa pengawasan. So dah ambil keputusan lepas raya pagar ler ubatnya..

Teringat pula kata2 Robert Frost (1874–1963).

1. The Road Not Taken


TWO roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;

Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim,
Because it was grassy and wanted wear;
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way,
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I— I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.

Jalan yang diambil memanglah berbeza dari jalan biasa akibatnya habislah pokok kena gasak dek lembu.. tetapi ada hikmahnya di mana dapat kayu untuk buat tiang dengan harga sangat munasabah.

Lepas raya nie memang nak mengetuk kayu masuk ke dalam tanahlah gamaknya..

-sam

Sunday, August 22, 2010

Puasa: Hari yang sungguh memenatkan

Salam..

Seperti dirancang.. bertolak dari rumah di TUDM subang lebih kurang jam 8 a.m. Hari mula hujan.. nampaknya basahlah hari nie.. Dalam perjalanan sang pelangi menjemput datang.. manakala hujan semakin halus dan tiada. Memasuki NKVE sang NEON masih menyala.. pagi lagi ker???

Sang mentari nampaknya tak sabar hendak keluar.. untuk menerangi pagi hari. Sampai di kebun jam 8.45 a.m... terus sahaja menyelesaikan benih kantan. Ditanam di rizab jalan... nampaknya luas rizab jalan nie.. cuma kalau kena cukai dek penduduk kampung jangan marahlah yer nanti..

Kantan selesai tiba pula anak pisang helang. Pun selesai tiba masa untuk rambutan R193 Deli Baling. Benih yang dibeli tahun lepas dah menunjukkan sifat sedia ditanam di ladang.. Dah cukup keras... lihat jam dah 12 p.m. Adus patutlah rasa haus yang sangat.. dan rasa macam nak muntah pun ada.. Lengkuas putih atau kampung tak tanam lagi.. Simpan lengkuas di bawah pokok jering.. aduhai!! bulan puasa betul2 mencabar keimanan.. Panas matahari sudah tidak dapat di tahan lagi..

Hanya sempat menanam 3 pokok rambutan.. perancangan rapi harus dibuat... lubang harus dikorek seminggu dan terbaik ialah 2 minggu dibiarkan terdedah pada matahari bagi membunuh segala patogen. Ilmu menanam memang dah faham cuma tidak diikuti sepenuhnya.. petani santai katakan..

Perjalanan pulang singgah di kedai menjual air tebu. Kedai di jalan keretapi kepunyaan uncle india orang kampung kapar. Yang melayu punya tutup lama tak buka mungkin tutup pada bulan puasa. Satu jug kecil harga masih RM2. Cuma tebu yang digunakan jenis yang dah rejectlah. Yang panjang lurus akan dijual ke peniaga tebu.. Reject pun rejectlah beli RM10. Bermakna 5 jug hehe haus punya pasal.. tapi bukan boleh minum pun.. simpan untuk buka puasa.


-sam

Saturday, August 21, 2010

Fokus: Menanam Kantan

Salam..

Hari Sabtu yang ditunggu oleh kebanyakan part time petani/bekebun/pemburu/nelayan hehehe. Petani sibuk dengan merancang untuk menanam apa dikebun. Manakala pemburu burung sibuk dengan pikat masing2. Manakala pemancing sibuk dengan mencari umpan terbaik untuk menangkap senangin, siakap, kurau, tebal pipi dll lagi..

Sebagai petani semalam sudah berjanji dengan Wak (M. Nor - nama sebenar kena rahsiakan) untuk mengambil benih pisang. M. Nor orangnya tidak berkira sangat... kalau ambil benih kita hulur duit; dia tak mahu kalau nak bayar benih. Tapi kalau bayar dengan benih Durian D197 mesti dia nak..

Minggu lepas saya dah mengambil lebih kurang 15 sulur pisang abu. Tujuan nak tanam pisang abu untuk dijual daun target Raya tahun hadapan. Gelak sorang2lah bila teringatkan nak business daun pisang pulak.. Berbalik pada sulur tuh semua dah tanam pada hari Ahad 15/8/10 iaitu keesokan harinya.. Esok nak menanam pisang helang pula pemberian M.Nor yang tinggal di Padang Jawa. Kebun beliau tidaklah besar sekadar dibelakang rumah..

Benih serai yang ditanam tahun lepas pemberian sahabat Al Malek telah dicabut untuk dijadikan benih.. Market serai dan kantan belum ada. Yakin market ada cuma belum nak mencari kerana pemborong nie kalau kita tanya biasanya jawab nak tak nak.. Tapi kalau dah ada sample dari kebun then barulah pemborong nie akan serius kerana dia tahu kita ada KANTAN. Walaupun cara ini nampaknya tidak bagus KERANA sepatutnya perlu dicari market sebelum menanam hehee... Insyallah saya percaya ada rezeki.. dari Allah swt.

Benih kantan yang dibeli minggu lepas dah disemai dalam polibeg. Kaedah digunakan memandangkan kawasan kapar masih belum masuk musim hujan walaupun minggu nie hujan dekat 4 hari berturut-turut. Baki benih 5 batang yang belum disemai akan ditanam terus.

Esok juga saya akan menanam rambutan Deli Baling R193 dan Anak sekolah R191 dikebun sebanyak 6 pokok. Benih dah keras hehee memang tunggu masa untuk ditanam & diharapkan akan tumbuh dengan subur. Pokok Rambutan R193 dikebun akan dipangkas juga esok hari. Cukuplah kalau termasuk yang akan ditanam dah ada 10 pokok rambutan hehee...

Next week tanam durian pula dan tak dilupakan juga kantan...

-sam

Sunday, August 8, 2010

Lokasi Kebun: Kapar

Salam..

Kebun yang diusahakan terletak di jalan Pusara, Tok Muda, Kapar. Berkeluasan 1 ekar yang dibeli dari orang Meru dengan harga RM75,000.00. Tujuan asal tanah ini dibeli adalah untuk membuat rumah burung. Bagaimanapun kos menyiapkan rumah burung semakin mahal jadi projek idaman tergendala. Bermulalah episod untuk bertani bagi mengumpulkan modal bagi menjayakan projek rumah burung.

Episod bertani bermula... tanaman idaman ialah bunga kantan. Disamping itu nak juga tanam durian dari klon D197 Raja Kunyit, D145 Mek Habshah (Durian Hijau), D2 Dato' Nina, D168 & D99 Kop kecil. Cubaan pertama gagal disebabkan kerja-kerja pertanian tidak dapat dilakukan disebabkan kesuntukan masa.

Hari ini 9/8/2010 kaki kiri terasa sakit bila hendak berjalan. Akibat berdiri terlalu lama sehingga tendon yang koyak mungkin tercedera. Harap-harap dengan berehat sehari dapatlah pulih sedikit.

Kawasan kebun dibahagikan kepada 3 bahagian.. depan, tengah dan belakang.

Kawasan depan sudah ditanam kantan, pisang dan pokok buah-buahan. Semak-samun sudah diracun dan hanya menanti kerja-kerja pembersihan sahaja.

Bahagian tengah diupah pada jiran untuk di bersih dan ditanam kantan. Upah yang dijanjikan ialah RM500. Kawasan tidaklah luas sangat.

Kawasan hujung sudah ditanam dengan pisang, kantan, rambutan, Duku, mangga harum manis dan serai. Kalau ikutkan planning asal nak tanam durian sahaja. Entahlah macamana berubah pun tak tahu. Yang pasti rambutan lebih cepat berbuah berbanding durian. Kalau durian dah naik barulah yang lain boleh dipotong..

Mengerjakan tanah seluas satu ekar tanpa bantuan amatlah memenatkan. Ditambahkan mengerjakan secara seorang diri menjadikan lagi kerja berkebun agak lambat. Kalau ada kawan rasanya lebih cepat. Teringat saya si Yan orang kedah yang tinggal di Meru. Apa cerita beliau.. tanah pak Mat dah ada orang usahakan dengan sawit.. sepatutnya Yan terus tolak dan tanam ajer..

Sekian sahaja buat masa ini.

-sam

Pengenalan: Petani Santai

Salam 9/8/2010. Alhamdulillah dapat juga menyiapkan blog petani santai.. Hampir dua bulan memikirkan apakah nama paling sesuai untuk blog ini. Nama harus rileks dan mengambarkan apa yang dibuat di kebun. Catatan ini dibuat sekadar untuk renungan bersama terutamanya anak-sendiri iaitu Emir Zariff, Emma Sue, Aleya Sue & Aaron Zariff betapa susahlah hidup seorang petani & dalam kes ini ialah bapa mereka, Saiffulsam Hassan. Buat isteri tersayang Sue Azian Abd Aziz, inilah catatan perjalanan hidup seseorang yang bergelar suami dalam mengerjakan apa yang disukai sejak dari zaman kanak-kanak lagi.

wassalam.