Salam..
Kebun yang diusahakan terletak di jalan Pusara, Tok Muda, Kapar. Berkeluasan 1 ekar yang dibeli dari orang Meru dengan harga RM75,000.00. Tujuan asal tanah ini dibeli adalah untuk membuat rumah burung. Bagaimanapun kos menyiapkan rumah burung semakin mahal jadi projek idaman tergendala. Bermulalah episod untuk bertani bagi mengumpulkan modal bagi menjayakan projek rumah burung.
Episod bertani bermula... tanaman idaman ialah bunga kantan. Disamping itu nak juga tanam durian dari klon D197 Raja Kunyit, D145 Mek Habshah (Durian Hijau), D2 Dato' Nina, D168 & D99 Kop kecil. Cubaan pertama gagal disebabkan kerja-kerja pertanian tidak dapat dilakukan disebabkan kesuntukan masa.
Hari ini 9/8/2010 kaki kiri terasa sakit bila hendak berjalan. Akibat berdiri terlalu lama sehingga tendon yang koyak mungkin tercedera. Harap-harap dengan berehat sehari dapatlah pulih sedikit.
Kawasan kebun dibahagikan kepada 3 bahagian.. depan, tengah dan belakang.
Kawasan depan sudah ditanam kantan, pisang dan pokok buah-buahan. Semak-samun sudah diracun dan hanya menanti kerja-kerja pembersihan sahaja.
Bahagian tengah diupah pada jiran untuk di bersih dan ditanam kantan. Upah yang dijanjikan ialah RM500. Kawasan tidaklah luas sangat.
Kawasan hujung sudah ditanam dengan pisang, kantan, rambutan, Duku, mangga harum manis dan serai. Kalau ikutkan planning asal nak tanam durian sahaja. Entahlah macamana berubah pun tak tahu. Yang pasti rambutan lebih cepat berbuah berbanding durian. Kalau durian dah naik barulah yang lain boleh dipotong..
Mengerjakan tanah seluas satu ekar tanpa bantuan amatlah memenatkan. Ditambahkan mengerjakan secara seorang diri menjadikan lagi kerja berkebun agak lambat. Kalau ada kawan rasanya lebih cepat. Teringat saya si Yan orang kedah yang tinggal di Meru. Apa cerita beliau.. tanah pak Mat dah ada orang usahakan dengan sawit.. sepatutnya Yan terus tolak dan tanam ajer..
Sekian sahaja buat masa ini.
-sam
No comments:
Post a Comment